Wednesday, 14 November 2012

salam MaalHijrah :')




semoga tahun baru ini. dapatlah aku menjadi lebih tenang. aku redha apa sahaja yang bakal berlaku. ya ALLAH, kuatkanlah hatiku..pepatah ada menyebut biar hilang harta, janganlah kau hilangkan iman aku. aku pasrah dan redha dengan ketentuanMU. aku yakin engkaulah perancang terbaik di dunia ini. jauhkanlah aku daripada terduduk, tersungkur, ya ALLAH kuatkanlah imanku. kuatkanlah hatiku. cekalkanlah hatiku. permudahkanlah segala urusanku, limpah ruahkanlah rezekiku, ya ALLAH aku sayang mama dan abah serta ahli keluargaku, lindungilah mereka ya ALLAH, panjangkanlah umur kedua ibu bapaku. permudahkanlah urusanku untuk membina masjidmu. tenangkanlah hatiku ya Rabb..peliharalah hubungan yang aku jalani ya Rabb, jika dia jodohku, engkau permudahkanlah urusan kami untuk bersatu, jika dia bukan tercatat untukku, aku redha dan pasrah temukanlah aku dengan orang yang benar dan beriman, temukanlah dia dengan pasangan yang benar untuknya. jauhkanlah aku dari hati yang membenci, ikhlaskanlah aku dalam setiap perbuatanku. kuatkanlah hatiku untuk menghadapi segala dugaan yang engkau telah takdirkan untukku.amin..~

Sunday, 11 November 2012

limited~

Bismillahirrohmanirrohim...

tak tahu nak cakap ape sebenarnya, hari ini rasa macam aku bukan aku pulak.. :')
malam semalam, hari paling banyak buat pengajaran untuk aku. serius. merayu pada tersayang. tapi aku pon xpasti adakah kejadian seumpama itu akan berulang ataupun x, tapi yang pastinya, kesan daripada malam semalam, buat aku rasa aku lain pada hari ini. :')..aku tidak meletakkan jarak antara kita sayang, jujurnya, aku sendiri terasa kelu untuk membahasakan diri ini seperti selalu, hati sememangnya mahu bahasakan diri ini seperti sedia kala, tapi, entah..rasa macam nak nanges.. oleh itu, aku putuskan untuk tukar dengan panggil nama je..maaf sayang..maaf sangat2...aku takut benda sama berulang, kau faham bukan dengan perangai aku ni, sepertimana yang kau telah kata 1000x aku buat benda yang sama..jadi aku takut aku buat benda yang ke 1001 pula...perasaan itu sangat teruk. takut sangat, sampai aku nak bahasakan diri ini sayang pon, aku xberani. ini peluang terakhir aku. aku takut, aku lupa daratan. dan aku lupa janji aku. sedikit perubahan ini, untuk menyedarkan aku barangkali..

Monday, 5 November 2012

silEnt!

refleksi. ini tajuk yang sesuai, tapi xmengapa kowt tulis silent. ok, fullstop. bukan nak cerita pasal tajuk. aku nak reflek tentang hubungan aku dengan farid a.k.a kesayanganku. finally, bulan ni hampir masuk tahun ke 5 rasanya kami kenal. hee..lama kan? aku memang salute kat die, sbb satu2nya lelaki yang lama bertakhta dalam hati aku. jujurnya aku xtaw kenapa aku bole bertahan dengan die.thax farid, always be there for me. :').........tapi.....sebetulnya, aku xtaw sampai mana hubungan ini. maaf. apa yang berlaku mungkin disebabkan kesilapan aku sendiri. sepatutnye aku xperlu cakap perkataan 'putus'.. tapi awak...awak tahu x, kenapa kite cakap macam 2? huuuu...sebab kita dah banyak lukakan hati awak..:'(....sebab tu kita rasa kita nak pergi. dan saya bukan gf yang baik...bukan suka2 kita cakap macam 2....saya hatinya sensetif. maafkan kite. kadang2 kite doa jugak agar awak bahagia disamping orang yang boleh bahagiakan awak...:(..kalau lepas ni awak pergi dan xkembali kat kite..kite faham...kite salu doakan untuk awak..kite xsalahkan awak..itu semua salah kite...i admit it! banyak sangat salah kite kat awak..jadi kite xbole pentingkan diri sendiri.. kalau satu hari nanti awak dah jemu, kite faham..kite xsalahkan awak. kitelah yang salah...kite harap awak bahagia hendaknya...amin..cume kite nak panjatkan rasa syukur sebab penah kenal awak..saya sayangkan awak. sungguh.

** aku luahkan ini bukan sebab aku putus dengan dia. tapi andai satu hari nanti kalau aku xbersama dia. aku taw, kesilapan itu berpunca daripada aku sendiri. sikap aku sendiri. doa saya sentiasa untuk awak farid. :')

:'(

arini aku dimalukan lagi. taw x malu?. aku hampir menitiskan air mata tadi. ok! fine, kalau kau nak tegur, atau cakap apa saje. aku bole terima. normal la kalau dalam kerja kita ditegur. tapi cara kau. faham x cara kau??!! cara kau melampau, ko malukan aku depan pelanggan. kau tahu x apa perasaan aku? cuba kalau kau berada kat tempat aku. apa kau rasa. mungkin sebab aku diam. kau bole buat sesuka hati????entahlah..seyesly, aku xpernah rasa macam ni. sampai aku drive balik pon aku menangis. aku rasa, langkah untuk berhenti adalah paling wajar sekali. ya! kejadian ini paling tidak aku lupa. kenapalah aku yang laluinya. kenapa xorang lain. moral down sangat.sampai sekarang kalau diimbau semula, aku macam nak menangis semahunya. mungkin dapat bayangkan teruknya kejadian itu.

Sunday, 4 November 2012

gUDbye~

sangat menyakitkan. seriusly. aku xtaw nak cakap macamane lagi. die mungkin nampak aku jeles sebelum ini. jujurnya aku nak hindar apa yang berlaku sebelum ini. tapi die seolah mendesak aku ke kancah pergaduhan lagi. die mungkin nampak aku terlalu cemburu. tapi die xtaw yang aku cuba elakkan sesuatu. die mungkin nampak aku tidak membantu. tapi dia tak tahu setiap hari doaku untuk dia. die mungkin nampak aku seorang yang cemburu tidak bertempat. namun die tak tau tindakan dia mengguris hati perempuanku. dia xtahu bahawasanya dialah keutamaanku. malam ni, ayat2 yang keluar daripada mulut die sangat menyakitkan. sampainya hati die. aku rasa, malam ni aku bukan untuk dia. dan aku bukan yang terbaik untuk dia. aku xdapat lakukan apa yang dia mahukan. maaf. aku sedang berkecil hati. kiranya hati kecil ini mahu aku pergi. tapi harus kau tahu, setiap hariku, aku berdoa agar kau ketemu kejayaan. aku bukan terbaik mungkin. aku pergi. aku rasa kita bukan ditakdirkan. 

Friday, 19 October 2012

gILa!~

haruskah aku berkecil hati? - jawapannye..XPERLU!! oh syaitan! nyaahhhh kaaauuuuu!!!!


******************************************************

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. aku patut terima apa yang telah tersurat dan tersirat dalam hidup aku. usah takut! xperlu takut! jodoh pertemuan, rezeki, untung nasib semua ditangan ALLAH.. setiap apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi. jalankan sahaja tanggungjawab terhadap ALLAH. aghhhrrr....!!aku semakin sesat! siut!

Thursday, 18 October 2012

happy untuk mereka :')



                   ( yang depan nama beliau, ceq pah, dan yang belakang tu mira)

                           

Bismillahirrohmanirrohim...

secebis kata daripada ustazah siti nor bahya mahmood :


[kita harus yakin apa yg ALLAH tentukan utk kita,itu adalah yg terbaik....] 

mereka berdua merupakan salah satu warna dalam kehidupan aku. sorang orang kelantan, sorang lagi orang selangor. yang kelantan namanya sharifah (ceq pah) dan sorang lagi nur amira (mira). hahaha. masih ingat lagi mula-mula daftar kat u dulu. ceq pah lah yang tegur aku mula2. pulak tu sebilik. tapi kami xngam masa minggu orientasi. macam mira pulak, aku xpernah nampak pon masa minggu 3M (minggu mesra mahasiswa, lebey kurang orientasilah), tau2 wujud depan bilik aku, kira jiran depan bilik lah. aku mula2 x rapat ngan ceq pah walaupun kami sebilik, macam kurang kamceng, dia dengan kawan die, dan aku solo molo..independent! hahhaha..aku xsuka sangat la nak berkepit memanjang. xmatured! konooonnn!!! padahal aku kadang2 mati kutu kalau disuruh cari partner! btw, xkesah pon, hujung minggu 3M aku dapat pelajar perempuan terbaik ok!!! =D..bangga! bangga! hahhaha..

aku mula rapat dengan ceq pah,lepas kelas petang, makan malam bersama, dan berborak-borak berjam2 lamanya! hahahahha...penah pegi pusanika sama2 walaupun, kami xrapat, tp xlama 2 kamceng gilakk!!! dia ok, slumber, boleh layan banyak mende walaupun die tu ustazah! heh! sangat terbuka dengan apa jua kenyataan yang keluar daripada mulut aku. sebenarnya, dia adalah kawan perempuan kedua yang ngam dengan jiwa aku.( yang 1st, kawan aku kat kampung iaitu Malissa!)..dia sangat baik, tak pernah sangka buruk kat kawan-kawan die. die kuat makan dan tido..tp die bijak! hahhaha.. dan aku xboleh lupa satu kejadian sewaktu minggu 3M kat dectar, pah tido terngangaaaa!!! dah la tu, kene marah ngan Abang Wan ( Ydp Ktho).

si mira pulak, aku sedar kewujudan dia sewaktu dia gedik2 nak kawan ngan kitaorang..
(hahhaha.. mampus.. mampus kalau mira bace ni.) dia ni la yang dok ketuk2 bilik, pastu hilang. tensen aku ngan pah dibuatnye! pastu die terlari2 macam kura-kura..hahhaha..tp,xlama tu ngam abes! die tu suke tiru2 aku..hahhaa..aku ramai skandal, die pon join sama..pastu aku reject laki ni, dia pon sama..hati kami sama..cinta bukan kepentingan lagi masa tu. masih mencari yang sesuai.. nampak lelaki hensem sket, mangaiii!!! usha sahaja! kikikikikiki..:'), rindunye zaman tu! seriesly! satu symptom aku kalau bersama dengan mira ni, aku mesti tersasul nk cakap sesuatu perkataan..-_-'

sekarang ni masing-masing dah bawa haluan sendiri. jujurnya, aku rindu nak masuk u semula..kalaulah masa tu boleh diundur semula..kan bagus..xlama lagi pah akan bertunang. aku rasa macam nak nanges sebab terlalu gembira. dialah kawan suka duka, marah, dan semua2 lah..semua aku taram kat die, dan die akan tadah dengan buat muke selambernye. :), untuk sahabat aku sharifah, aku doakan semoga semuanya selamat bila tiba waktunya nanti, xlama lagi tu. (kan aku dah nanges ni..:P). dan mira juga, aku taw xlama lagi ko selamat menjadi tunangan orang. harap2 semua baik2 belaka, kalian, aku harap ada secebis doa untuk aku kecapi apa yang korang bakal alami. sayang sangat kat korang berdua. segala kenangan kita xmungkin aku lupakan. ah! kenapalah terlalu rindu..